Followers
Sunday, 29 January 2012
Peristiwa 5: Mesyuarat Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) SKMS 1/ 2012
Pada 26 Januari 2012, (Khamis) - Satu Mesyuarat Pengurusan PBS Peringkat Sekolah SKMS kali 1 telah diadakan di Makmal ICT. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tn.Hj.Hasnan b.Hj.Hassan, Guru Besar SKMS. Seterusnya taklimat bagi pelaksanaan PBS disampaikan oleh Pn.Rosnah bt. Abd.Manap selaku Jurulatih PBS. Mesyuarat bermula pada pukul 3.00 petang dan ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.
Wednesday, 18 January 2012
Peristiwa 4 : Program 1 Murid 1 Sukan 2012
Unit Ko Kurikulum SKMS telah menjalankan Program 1 Murid 1 Sukan yang disertai oleh murid-murid SKMS. Program ini dijalankan pada waktu petang iaitu pada hari Isnin , Selasa dan Jumaat.
Murid-murid Tahun 6
Acara semasa seperti bermain sepak takraw, bola jaring dan merentas desa.
Murid-murid Tahun 5
Acara semasa seperti merentas desa dan teknik bermain bola baling.
Murid-murid Tahun 6
Acara semasa seperti bermain sepak takraw, bola jaring dan merentas desa.
Acara semasa seperti merentas desa dan teknik bermain bola baling.
Monday, 16 January 2012
Peristiwa 3 : Mesyuarat Ko Kurikulum dan Mesyuarat HEM kali 1 / 2012
Agenda Mesyuarat
Ucapan Pengerusi
Laporan dan Taklimat PK Ko Kurikulum dan PK HEM.
-Penerangan tentang dasar,misi dan visi.
-Pembentangan Struktur Organisasi 2012
-Perbincangan Takwim Tahunan
-Perbincangan Masalah dan Keperluan setiap Unit
-Hal-hal lain.
Sunday, 15 January 2012
Peristiwa 1 : Mesyuarat Guru Kali Pertama 2012
Pada 28 Disember 2012, (Rabu) - Warga SK Muhammad Saman telah mengadakan mesyuarat guru kali yang pertama bagi tahun 2012 bertempat di Bilik Gerakan.Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn.Hj.Hasnan bin Hj. Hassan, Guru Besar SK Muhammad Saman.
Perkara yang dibincangkan seperti ringkasan di bawah.
1. Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada warga SKMS.
2. Pengerusi menegaskan bahawa pada hari pertama persekolahan ,P&P perlu dijalankan.
3. Pengerusi mengharapkan agar guru-guru meraikan kedatangan murid-murid agar mereka
berasa seronok pada hari pertama persekolahan mereka.
berasa seronok pada hari pertama persekolahan mereka.
4. Perkara-perkara lain yang dibincangkan seperti Peraturan sekolah, Cuti, MBMMBI, KSSR,
1Murid 1Sukan, Nilam, MS ISO, CMPC, NKRA, Standard Guru Msia, dan Syarikat
Pembersihan baru.
1Murid 1Sukan, Nilam, MS ISO, CMPC, NKRA, Standard Guru Msia, dan Syarikat
Pembersihan baru.
5. Pengerusi berharap setiap guru jaga tutur kata semasa berkomunikasi dengan murid-
murid, ibubapa, sesama guru dan masyarakat.Semoga semua guru lebih
bersemangat,ceria dan mempunyai azam yang lebih dari tahun-tahun lepas.
murid, ibubapa, sesama guru dan masyarakat.Semoga semua guru lebih
bersemangat,ceria dan mempunyai azam yang lebih dari tahun-tahun lepas.
Peristiwa 2 : Mesyuarat Agung Tahunan Unit-Unit Ko-Kurikulum SKMS 2012
Unit Ko Kurikulum SKMS telah menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan bagi semua Unit Permainan, Unit Kelab & Persatuan dan Unit Badan Beruniform pada 10,11 dan 12 Januari 2012. Tujuan aktiviti ini untuk menyemai aspek kepimpinan dan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid agar menjadi insan yang berketerampilan dan seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek (JERI). Aktiviti ini telah diselaraskan oleh Pn.Roqqayah bt.Othman,Penolong Kanan Ko-Kurikulum,SKMS.
Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;
1.Sesi suaikenal dan taklimat tentang perlembagaan organisasi.
2.Perlantikan AJK-AJK 2012
3.Perbincangan aktiviti tahunan
1.Sesi suaikenal dan taklimat tentang perlembagaan organisasi.
2.Perlantikan AJK-AJK 2012
3.Perbincangan aktiviti tahunan
Subscribe to:
Posts (Atom)